Khamis, Jun 10, 2010

dua acara besar bermula hari ini !

salam

hari ini bermulanya dua acara yang gilang gemilang, kedua-duanya mencapai tahap antarabangsa dan bakal menjadi perhatian dunia.

masalah yang paling besar adalah, dua acara ini berlangsung di saat para pelajar al-azhar sedang
sibuk berperang dengan peperiksaan akhir semester.

memang betul-betul menguji tahap kesabaran kami semua, saya secara peribadi kadang-
kadang terlupa nak 'belek' kitab dek kerana bahang kepanasan acara tersebut.

tapi apa-apa pun, saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat, tumpukan semaksima mungkin terhadap imtihan akhir yang sedang berlangsung ini, kerana imtihan ini tiada siaran ulangan, berbeza dengan dua acara ini, mesti ada video ulangan yang boleh ditonton selepas imtihan nanti.

muktamar pas kali ke-56 baru saja selesai sesi ucapan dasar, pada petang ini akan berlangsung perbahasan daripada setiap perwakilan yang mengambil bahagian, diharap muktamar kali ini dapat menghasilkan buah
fikiran yang bermanfaat untuk menjana kemenangan islam, jadikan ia sebagai platform untuk kita bermuhasabah bukan untuk berbalah.

piala dunia pula akan membuka tirai pada petang ini (waktu mesir) semestinya ia akan menjadi perhatian ramai di seluruh pelusuk planet, masing-masing telah membuat telahan dan ramalan pasukan manakah yang akan membawa pulang piala keramat itu, tidak kurang juga bagi sesetengah pihak yang terlalu fanatik siap bergaduh (silap haribulan) sampai bertumbuk kerana nak menangkan pasukan masing-masing.

namun bagi saya muktamar pas lebih mencuri tumpuan hati, kerana ia merupakan agenda besar untuk mengubah kuasa politik kembali ke tangan islam, insya'Allah, kalau islam diberi kuasa untuk memerintah, tidak mustahil piala dunia versi islam akan diadakan dan sudah semestinya ia akan menjadi perhatian semua.

hati tertanya, nak sokong pasukan mana ya? naluri menjawab 'harap-harap pasukan dari negara umat islam yang akan menang' insya'Allah;)

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan