Selasa, Ogos 25, 2009

majlis walimah

Klik Untuk Saiz Maksima
salam.

seperti yang dijanjikan semalam, hari ini saya upload-kan kad jemputan majlis walimah, para sahabat yang terbaca akan kad jemputan ini dipersilakan hadir, semoga kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

sekian, terima kasih.

Isnin, Ogos 24, 2009

10 lapangan terbang terbaik 2009

Klik Untuk Saiz Maksima
salam.

terjumpa dalam akhbar, senarai lapangan terbang terbaik dunia 2009, tercari-cari ada tak lapangan terbang antarabangsa cairo egypt, rasanya takde pun.

lapangan terbang KLIA jatuh dari tangga ke empat ke tangga yang ke tujuh.

semua air port di atas masuk percuma, tapi kenapa di cairo bila nak masuk kene bayar LE5?

ahh, sungguh pelik undang-undang ciptaan manusia di mesir.

fikir-fikirkanlah !

majlis pertunangan

bukan sekadar gambar hiasan
salam.

Alhamdulillah, pada 1 mei 2009 yang lepas, satu majlis mengikat tali pertunangan antara saya dan dia telah diadakan, samua berjalan lancar dengan majlis yang amat sederhana.

seribu kemaafan dipohon kepada semua rakan-rakan, khasnya yang berada di mesir, saya mengambil sikap low profile dengan merahsiakannya, hanya ahli bait saja yang tahu akan hal ini, iaitu ayie dan yeng.

insya'Allah, dalam beberapa hari lagi saya akan 'upload'kan kad jemputan majlis walimah saya dalam blog ni.

tiada apa yang saya harapkan dari rakan-rakan melainkan doa yang tak putus-putus, agar majlis ini akan berlangsung dengan jayanya.

sekian dari saya, waa islama.

Khamis, Ogos 13, 2009

kepulangan

salam.

insya'Allah pada esok malam saya akan pulang bercuti di malaysia selama 3 bulan, cuti kali ini boleh juga dikatakan sebagai praktikal bagi saya, setelah hampir 2 tahun di bumi barakah ini, tibalah masa untuk saya pulang dan menyampaikan 'inzar' kepada masyarakat.

kalau rakan-rakan perubatan dihantar ke hospital atau klinik untuk latihan praktikal, begitu juga dengan saya dan rakan-rakan pengajian islam, akan dihantar untuk latihan praktikal di surau dam masjid.

kadang-kadang ilmu yang hampir 5 tahun dituntut dan dipelajari hilang hanya selama 30 minit bila berkuliah atau bertazkirah di surau dan masjid, inilah cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi oleh para azhariyyun.

so, berusahalah semaksima mungkin untuk mendalami ilimu agama, agar ia cukup untuk kita berhadapan dengan masyarakat kelak.

kepada sahabat-sahabat sekalin, doakan saya sepanjang musafir panjang ini, agar terhindar dari mala petaka yang tak diingini, semoga Allah memelihara kita semua di dunia dan akhirat.

kalau ada sumor di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalu ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

sekian, waa islama.

Ahad, Ogos 09, 2009

H1N1

salam.

dulu ketika selsema burung melanda negara, habis semua ayam dan burung dalam malaysia diburu dan dibunuh, kesian ayam dan burung, malah lebih kesian lagi kepada para penternak ayam dan burung, terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit.

tapi bila selsema babi melanda negara, dan sehingga sekarang telah meragut 26 nyawa, kenapa tidak diburu dan dibunuh saja babi-babi yang tinggal di malaysia?

kenapa masih dibiarkan babi itu hidup, kalau sudah tau ia akan menambahkan bilangan kematian dalam negara?

adakah kerana para penternak babi itu di kalangan orang cina? menyebabkan pihak kerajaan takut untuk menghapuskan babi tersebut?

sepertimana pihak kerajaan berani meroboh Rumah Allah di kemaman terengganu, tapi tak berani meroboh rumah babi di melaka, hanya semata-mata mereka kaum cina.

maaf, saya bukan ingin menyalakan api perkauman, tapi kalau betul dan sahih babi-babi di malaysia antara penyebab menular dan merebaknya H1N1, yang telah pun meragut 26 nyawa, kenapa tidak babi-babi tersebut dihapuskan saja?

pihak kerajaan mesir telah pun membunuh berpuluh ribu babi di mesir, kerana bimbang penularan wabak tersebut, karajaan malaysia bila lagi? jangan hanya kerana nak menjaga hati segelintir rakyat, menyebabkan semua rakyat dapat susah, fikir-fikirkanlah !

sekadar renungan dari saya.

waa islama.

Sabtu, Ogos 08, 2009

khabar dari seberang

salam.

sebentar tadi saya berkesempatan chating dengan suadara faiz awang, seorang sahabat lama saya yang sekarang sedang menuntut di Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta, Indonesia.

pelbagai cerita telah dikongsi bersama antara kami, cuma yang sedikit membezakan antara pengajian di Al-Azahar dan di sana ialah, kuliah usuluddin lebih senang dan mudah untuk lulus berbanding dengan kuliah syariah, saya pun kurang periksa tentang hal ini, cuma begitulah apa yang diberitakan oleh faiz kepada saya.

faiz juga telah mengirimkan beberapa keping gambar dia & sahabat-sahabat di sana, jadi dikesempatan ini saya ingin postingkan gambar-gambar tersebut dalam blog ini.

kepada faiz, teruskan usaha untuk mendalami ilmu islam ini, semoga dapat dijadikan manfaat oleh islam dan umatnya.

soya tobi'e berubah wajah


salam.

untuk makluman para sahabat, soya tobi'e telah berubah wajah, dari wajah botol kepada wajah plastik, dan apa yang lebih menggembirakan ialah harganya juga telah berubah, seiring dengan perubahan wajahnya.

LE 3.00
untuk sebungkus.


jangan lepaskan peluang anda untuk merasai keenakan soya tobi'e, lemak berkrim disukai ramai, di bilik 102, asrama darul iman.

sekian, terima kasih.

Rabu, Ogos 05, 2009

jangan bermain dengan api !

salam.

ronnie liu dan jeff ooi, saya tak pernah kenal kalian sebelum ini, biarpun sudah lebih setahun pakatan rakyat menerajui pemerintahan di selangor dan pulau pinang, nama kalian cukup asing bagi saya.

namun nama kalian sekarang dah melonjak naik ke tangga teratas, sebaris dengan siti nurhaliza dan rosyam nor, menjadi antara nama-nama yang terhangat di pasaran, gara-gara perkataan dan tindakan kalian yang begitu negatif terhadap islam.

seharusnya kalian sedar apakah status bumi malaysia sekarang? ianya didiami oleh mejoriti spesis melayu yang berugama islam, justeru menjadi impian mereka untuk melihat satu hukum dan undang-undang islam, yang semestinya adil dan sesuai untuk semua kaum itu terlaksana dan diguna pakai dalam perlembagaan tanah melayu.

apa sebenarnya masalah kalian terhadap islam? mungkin kalian ada masalah dengan penganut-penganut-nya, tapi jangan sekali-kali kalian samakan masalah penganut islam dengan masalah islam itu sendiri, sesungguhnya islam adalah agama yang sifar masalah, islam lengkap dengan semua pakej yang sesuai untuk semua spesis hidupan, baik karnivor, herbivor, omnivor, reptilia, mamalia, bahkan ia sesuai dengan langit dan bumi, dan seluruh cakerawala.

mungkin kalian pernah mendengar pepatah melayu yang menyebut, 'tak kenal, maka tak cinta' jadi saya cadangkan kepada kalian berdua supaya mengenali dan menilai islam dengan penuh berlapang dada, agar bibit-bibit cinta itu subur dan mekar di hati kalian.

perlu kalian ingat, bahawa kesabaran umat islam ada batasnya, jangan kalian cuba bermain dengan api, kelak terbakar diri, cukuplah kalian hanya bermain bungan api pada setiap tahun baru cina sahaja.

hayati dan fahamilah islam yang adil ini, agar ia sebati seperti nafas yang kaliat sedut dan hembus pada setiap hari.

sekadarnya dari saya.

waa islama.

Ahad, Ogos 02, 2009

siapa peralat siapa?






salam.

umno kata pas peralat rakyat untuk turun ke jalan raya berdemo mansuhkan ISA.

pas kata umno peralat polis untuk mengganas di jalan raya.

siapa peralat siapa?

siapa yang ganas?

rakyat atau polis?

tepuk dada tanya iman,

waa islama.

Sabtu, Ogos 01, 2009

si tanggang moden

salam.

dahla merogol, lepas tu membunuh, lepas tu menghina dan mengherdik mak sendiri, tiga dosa besar dah dilakukannya, tapi masih tak insaf.

inilah keratan akhbar yang saya copy dari internet, cukup sedih dan pilu, beginilah nasib umat islam jika mereka jauh tersasar dari landasan agama Allah.

hati saya tergolong dalam golongan yang susah nak menangis, hati kering la katakan, tapi bila melihat seorang ibu yang dihina dan diherdik oleh anak sendiri, terus sebak hati ini.

buat mak, maafkan alif andai pernah melukakan hati mak, alif nak jadi anak yang soleh, yang akan sentiasa berbakti untuk mak dan ayah hingga hujung nyawa, tiada apa lagi yang alif harapkan selepas Allah dan Rasul, selain redha dan restu dari mak dan ayah.

sayang, sayang, sayang mak dan ayah.