Ahad, Februari 28, 2010

12 Rabiul Awwal

Ya Rasulallah, kekasih Allah, kedatangan yang membawa rahmat seluruh alam, sesungguhnya diri ini amat merindui-MU.

semoga kita semua terus istiqamah dengan Islam, pusakan yang besar peninggalan junjungan baginda Muhammad s.a.w.

Jumaat, Februari 26, 2010

jom heboh !

salam.

jemput semua sahabat-sahabat lepasan, bekasan atau yang pernah menghuni MDQ pada suatu ketika dahulu datang ke MAJLIS HIMPUNAN ALUMNAI MDQ.



jom kita sama-sama memeriahkan suasana majlis ini.

p/s : saya dan sahabat-sahabat yang berada di mesir rasa sedih dan pilu kerana tak dapat hadir ke majlis ini, semoga majlis ini berjalan lancar dan mendapat rahmat dari-Nya, Amin.

Isnin, Februari 22, 2010

Seloka pak dam

Suatu malam si isteri bersenda gurau bersama suaminya yang tersayang…

Isteri : abang ! sayang sayang abang.
Suami : abang pun sayang sayang.
Isteri : abang ! kalau ditakdirkan sayang pergi dulu, adakah abang akan cari pengganti sayang?

Suami : sayang pulak camne? Kalau abang pergi dulu, sayang akan cari pengganti abang tak?

Isteri : alaa, kan sayang Tanya abang dulu, abang laa jawab dulu,
Suami : sayang jawab dulu, lepas tu baru abang jawab ye..
Isteri : ok, sayang jawab dulu, lepas ni abang jawab tau…
Suami : ok sayang.

Isteri : kalau abang ditakdirkan pergi dulu, sayang takkan cari pengganti abang, biarlah abang sorang saja insan yang bertakhta di hati sayang, sayang tak nak yang kedua, insya’Allah, kita akan sambung kisah cinta kita ini dalam syurga.

Suami : wah ! terharunya abang dengar, terima kasih sayang.
Isteri : sama-sama kasih abang, hehe, ha, abang, your turn, abang plak jawab ye.

Suami : ok, my turn, dengar sayang ye !
Isteri : ok abang, tak sabar sayang nak dengar ni, hehe…
Suami : kalau ditakdirkan sayang pergi dulu dari abang, insya’Allah, abang akan ikut sunnah macam Rasulullah saw. Pernah buat.

Isteri : camne Rasulullah buat abang? (pelik)
Suami : selepas Siti Khadijah wafat, Rasulullah pun kahwin lain, bahkan lebih dari sorang, jadi kalu sayang pergi dulu, abang rasa abang akan cari pengganti sayang kot, hehe…

Si isteri mencebik bibirnya sambil bermonolog, “hampeh tul suami aku, tak romantik langsung”

Sekian.

*cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yg hidup @ yg pengsan ;)

*pak dam = gelaran untuk pelajar malaysia yang dah kahwin di mesir.

sembang-sembang

Salam.

Semalam saya berpeluang sembang2 dgn saudara faizal sabhon (ezo), byk maklumat yg kami dpt dari beliau, rupa2nya seronok berbual dgn sosok tubuh yg bernama faizal ni..

Betul kata pepatah melayu”tak kenal maka tak cinta”

Dari kecil saya membesar di negeri Bandar pesisir pantai, segala kenangan pahit manis semuanya ada di sana, salah satu adat @ amalan yg menjadi tradisi sejak turun temurun bagi rakyat terenggau ialah, penyokong PAS & UMNO memang tak boleh duduk semeja, kalau duduk semeja memang ‘cari baloh’.

Berbeza dgn politik orang Kelantan, tak kira dari parti mana, boleh sembang sekali dlm satu kedai sambil minum kopi, mu kutuk aku, aku kutuk mu, mu kata ke PAS, aku kata ke UMNO, lepas tu, belanja minum kopi.

Waahh, terkejut saya bila melihat cara politik yg bijak sebegini..

Baik, berbalik pada perbualan kami dgn faizal tadi, saya tidak pasti apa parti yg dia sokong sekarang ni, Cuma yg saya tau dia ada ruh perjuangan untuk melihat islam bersinar di Malaysia, khususnya di Johor, negeri kelahirannya, negeri yg paling kuat UMNO dalam dunia.

Apabila ditanya adakah beliau akan bersama PAS suatu hari nanti, dia jawab nanti dulu, dia nak bebas dulu dari mana2 parti, hanya nak tumpukan pada akademik, nak siapkan dulu PHD katanya.

Secara jujurnya saya sedikit hampa dgn jawapan itu, hehe, tapi apa2pun saya doakan mudah-mudahan Allah akan bukakan hatinya utk berjuang bersama PAS.

Kepada saudara faizal, semoga kita ada peluang utk berbual lagi.