Selasa, November 24, 2009

Lambaian Al Azhar

Salam.

Tinggal satu minggu lagi saya akan berangkat ke mesir untuk menyambung sisa-sisa pengajian yang masih berbaki.

Selama tiga bulan bercuti di malaysia, terlalu banyak perkara-perkara yang terjadi dalam hidup saya, menyebabkan saya masih takut untuk pulang ke tanah air dek kerana ketandusan ilmu untuk berdepan dengan masyarakat.

Kepada rakan-rakan di Mesir, gunalah peluang yang ada untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara ilmu yang ada, kerana bila pulang semua itu hanya akan tinggal kenangan yang cukup manis dan kadang-kadang boleh menjadi pahit andai kita tidak pandai merebutnya.

tengah duk cuci mata kat mesra mall, tiba-tiba jumpa ustaz azhar, ambik gamba lu posen, hehe...

ayi, fen, aku, ustaz azhar & bidin...

Selasa, Oktober 27, 2009

Kun Fa Yakun !

Salam,

gambar-gambar kesan dari 'zilzal' (gempa bumi) yang belaku di padang tempoh hari, sama-sama kita lihat dan renungkan, semoga menjadi peringatan untuk kekuatan iman kita.

Selasa, Oktober 13, 2009

selamat tinggal zaman bujangku !

salam.

dah tiga minggu usia perkahwinan saya, baru hari ini ada kesempatan untuk postkan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan, maaf buat semua sahabat, terimalah seadanya...

gaya lelaki melayu terakhir

menunggu sanak saudara datang sebelum bertolak ke masjid

baru sampai masjid, berjalan dgn tok kadi

mengantuk wei dengar khutbah

juruh molek, anak sapo ni?

ni makna apa ustaz? lupa laa

jangan lupa niat nak akad nikah

jalan-jalan cari makan

wat nape tue?

mase ni paling debor, rasa maca nak cabut jantung

lambutnya tangan dia

lama ngt salam, sampai 5 minit

terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir dan yang mendoakan dari jauh, baarakallahu lakum, doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.

Ahad, September 13, 2009

apa khabar soya tobi'e?


salam.

apa khabar mu di sana?

masihkah beroperasi seperti dulu? sewaktu aku masih menghuni bilik 102.

yeng & ayie pun dah nak balik, siapa agaknya yang akan menyambung jualan mu?

ohh, di akhir ramadhan ini, rasa rindu pada keenakan soya tobi'e.

Rabu, September 09, 2009

terima kasih PLPDT

salam.

tak sangka pulak iklan ni tersiar dalam blog PLPDT.

terima kasih diucapkan.

hidup PLPDT.

tahniah Aceh

sila klik untuk saiz besar

salam.

satu berita gembira untuk umat islam di kala menyambut 10 ramadhan yang terakhir ini,

tahniah Aceh,

Malaysia bila lagi?

Selasa, Ogos 25, 2009

majlis walimah

Klik Untuk Saiz Maksima
salam.

seperti yang dijanjikan semalam, hari ini saya upload-kan kad jemputan majlis walimah, para sahabat yang terbaca akan kad jemputan ini dipersilakan hadir, semoga kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.

sekian, terima kasih.

Isnin, Ogos 24, 2009

10 lapangan terbang terbaik 2009

Klik Untuk Saiz Maksima
salam.

terjumpa dalam akhbar, senarai lapangan terbang terbaik dunia 2009, tercari-cari ada tak lapangan terbang antarabangsa cairo egypt, rasanya takde pun.

lapangan terbang KLIA jatuh dari tangga ke empat ke tangga yang ke tujuh.

semua air port di atas masuk percuma, tapi kenapa di cairo bila nak masuk kene bayar LE5?

ahh, sungguh pelik undang-undang ciptaan manusia di mesir.

fikir-fikirkanlah !