Jumaat, Ogos 19, 2011

malam qadar

salam.

Alhamdulillah,tak lama lagi kita akan masuk fasa ke-3 dalam bulan ramadan,10 terakhir ramadan yang penuh dengan barakah.

Umum mengetahui tentang kelebihan serta kebaikan yang telah dijanjikan dalam 10 terakhir ramadan,dalam masa 10 hari inilah telah dijanjikan dengan satu malam yang sangat hebat,malam yang lebih baik dari 1000 bulan,iaitu malam qadar.

Pengalaman saya semasa berada di Mesir sangat membekas,umat islam di Mesir sangat mengambil berat dalam bulan ramadan,lebih-lebih lagi di 10 malam yang terakhir,satu PESTA IBADAH akan terpampang di depan mata,saya terpegun dengan kesungguhan mereka dalam merebut peluang yang diberikan.

Namun ia sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia (umum telah tahu,saya malas nak ulas)

Apa yang menarik perhatian saya dalam 10 terakhir ramadan ini ialah malam qadar yang dijanjikan Allah,pada malam ini kita digalakkan meningkat lagi mutu ibadah,serta memaksimakan amalan pada malam tersebut.

Orang Melayu akan mencari malam qadar dengan mengintai perkara pelik yang bakal berlaku,pokok kelapa yang menunduk(seolah-olah ingin sujud) air kolam menjadi beku,tiada bunyi binatang seperti cengkerik,sejadah berdiri dalam masjid,dan macam-macam lagi.

Apa yang dicari perkara pelik,sedangkan yang dituntut ialah mencari pahala.

Adakah ini yang ingin dicari? tepuk dada tanya iman !

Selasa, Ogos 16, 2011

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk menulis dalam ruangan blog ini,sangat lama saya tidak membuka blog peribadi ini,hanya dibiarkan penuh dengan debu dan sesawang.

Dalam ramadhan yang telah masuk separuh masa kedua,marilah sama-sama kita muhasabah diri dan amalan kita,adakah kita telah lakukan yang terbaik untuk melaksanakan tranformasi dalam bulan mulia ini?

Masih belum terlambat untuk ke arah itu,gunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk membaiki segala kelemahan yang ada,agar ia tidak berlalu dengan sia-sia.

Semoga bila kita melangkah keluar dari ramadhan dan memasuki gerbang syawal,kita seperti bayi yang baru dilahirkan,putih serta bersih dari segala dosa dan noda,Insya'Allah.

Salam Ramadhan.