Selasa, Julai 27, 2010

pengishtiharan nama

dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat penyayang, selawat serta salam buat baginda Muhammad saw

hari yang ke 7 kelahiran putera sulong kami

dengan ini kami namakan putera kami dengan nama : ABDUL HADI bin mohamad nooralif

mudah-mudahan dengan nama yang baik ini akan dapat memberikan natijah yang terbaik untuk putera kami di dunia dan akhirat

Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin:-)

Ahad, Julai 25, 2010

syukur !

الحمد لله
ini saja kalimah yang mampu saya lafazkan bila seorang petugas hospital datang memberitahu yang zaujah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki

lantas di sudut hospital yang agak sesak pada waktu itu, saya terus mengadap qiblat dan sujud syukur ke hadrat Allah Taala

semoga Allah memberi kekuatan buat saya dan isteri untuk mendidik putera kami agar menjadi pejuang islam yang sejati serta ikhlas

Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin:-)

Jumaat, Julai 16, 2010

2 kuasa kaki !

cadangan kenderaan
untuk diguna pakai
ketika kenaikan harga minyak

terima kasih
kerajaan 1 malaysia

rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan

Khamis, Julai 15, 2010

BN = Barang Naik !

harga barang naik lagi
minya petrol & diesel
gula serta gas LPG
begitu juga gas memasak

hasil dari urus tadbir
yang dikatakan telus
oleh kerajaan 1 Malaysia
padahal sebaliknya

inilah siri pengkhianatan
kerajaan najib
terhadap rakyat seluruhnya

apa tunggu lagi?
hanya rakyat yang buta hati saja
sanggup membiarkan
kezaliman ini

ayuh semua !
tumbangkan rejim UMNO/BN
pada PRU akan datang

sejahtera bersama ISLAM :-)

Ahad, Julai 11, 2010

hancur UMNO !

hancurkan pakatan mereka Ya Allah !
Amin...

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من أحب أن يبسط له في رزقه وينسأ
له في أثره فليصل رحمه

Dari Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

(Bukhari)

Huraian

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Khamis, Julai 08, 2010

keratan akhbar

seloka piala dunia:-)

Ahad, Julai 04, 2010

puisi untuk mu

kurang lebih dua minggu
hari masih berbaki
menanti detik dan waktu
menunggu kelahiran seorang penyeri

9 bulan berlalu
jerih perit keringat ummi mu
tak terasa semua itu
demi ingin melihat tangisan suara mu

abi mu ini faqir di sisi-Nya
ummi mu pula kurang serba dan serbi
tapi menggunung tinggi harapan ini
ingin melihat pejuang agama-Nya

duhai anak ini bingkisan
dari abi dan ummi sebagai ingatan
semoga ia menjadi bekalan
untuk mu kelak sebagai pejuang

duhai anak abi berpesan
walaupun kamu masih di dalam
kami membilang detik dan waktu
tak sabar hati bersua menatap mu

duhai anak abi ingatkan
lelaki atau perempuan abi redhakan
lahirlah kamu sebagai pejuang
menjadi hamba untuk agama-Nya

duhai anak
abi dan ummi menanti mu
lahirlah kamu
untuk syahid di jalan-Nya

abi mu
7.00 PM
22 rejab 1431

Jumaat, Julai 02, 2010

Mudahkan Jangan Susahkan!

عَنْ أَبِي بُرْدَةَ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا وَأَبَا مُوسَى إِلَى الْيَمَنِ قَالَ يَسِّرَا وَلَا تُعَسِّرَا وَبَشِّرَا وَلَا تُنَفِّرَا وَتَطَاوَعَا وَلَا تَخْتَلِفَا

daripada Abu Burdah :”Rasulullah mengutus Muaz dan Abu Musa ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

(Bukhari)

Huraian :

Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang disampaikan menjadi ikutan. Antaranya ialah kita dilarag daripada menyukarkan manusia dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Contohanya ketika kita menjadi imam di dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmun yang ada bersama kita terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit, tua dan sebagainya.

Nabi juga menyuruh kita mengembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang kita sampaikan. Oleh itu kita hendaklah mendahulukan perkara-perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara yang berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat dari agama dan kebenaran. Sebalikanya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat dan tahap tertentu bukan bersifat drastik dan melulu.