Ahad, November 28, 2010

zakat disekat !

salam.

hari ini 28-11-2010, bersempena hari membuang undi bagi pilihanraya di Mesir, telah berlaku satu kejadian yang amat tidak profesional oleh seorang pegawai pelajar yang berkelulusan Al-Azhar.

hari yang sepatutnya saya mengambil duit bantuan zakat yang telahpun dilulus dan disahkan oleh MAIDAM, tetapi disekat pula oleh seorang Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar Terengganu di Mesir, AHMAD KAMAL BIN ABDULLAH.

alasan yang diberikan sangat tidak masuk akal, kerana komen & kritikan saya dalam facebook, ini saja alasan yang diberikan oleh seorang pegawai yang merupakan bekas ADUN Terengganu.

sangat jelas tindakan yang sangat tidak bijak.

bukan saya saja yang kena, sahabat saya juga menjadi mangsa (zulhafiz) zakat dia juga disekat dengan alasan MUADALAH yang melebihi dua tahun.

sungguh zalim tindakan ini, dan saya tidak akan berdiam diri untuk menuntut hak yang telah tertulis dan diwartakan dalam Al-Quran ini.

sekian dulu...

Rabu, November 10, 2010

Israiliyyat Moden dah sampai Malaysia



kitab
إسرائيليات معاصرة
-Israiliyyat Moden-

kitab hebat yang dikarang oleh
دكتور صلاح عبد الفتاح الخالدي -
Doktor Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

terjemahan oleh
Ustaz Faisal Zakri

kupasan yang sangat menarik oleh pengarang berkenaan propaganda yahudi

dapatkan segera sementara stok masih ada

harga RM 10

hubungi saya +6014 507 3025

Ahad, November 07, 2010

Salam


lamanya tak 'apdet' blog,semoga diberi kelapangan oleh Allah untuk menulis pada masa akan datang,
Aamiin !

Selasa, September 14, 2010

"dok dang nok mikir"

manusia ke binatang ni?

Selasa, Julai 27, 2010

pengishtiharan nama

dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat penyayang, selawat serta salam buat baginda Muhammad saw

hari yang ke 7 kelahiran putera sulong kami

dengan ini kami namakan putera kami dengan nama : ABDUL HADI bin mohamad nooralif

mudah-mudahan dengan nama yang baik ini akan dapat memberikan natijah yang terbaik untuk putera kami di dunia dan akhirat

Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin:-)

Ahad, Julai 25, 2010

syukur !

الحمد لله
ini saja kalimah yang mampu saya lafazkan bila seorang petugas hospital datang memberitahu yang zaujah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki

lantas di sudut hospital yang agak sesak pada waktu itu, saya terus mengadap qiblat dan sujud syukur ke hadrat Allah Taala

semoga Allah memberi kekuatan buat saya dan isteri untuk mendidik putera kami agar menjadi pejuang islam yang sejati serta ikhlas

Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin:-)

Jumaat, Julai 16, 2010

2 kuasa kaki !

cadangan kenderaan
untuk diguna pakai
ketika kenaikan harga minyak

terima kasih
kerajaan 1 malaysia

rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan

Khamis, Julai 15, 2010

BN = Barang Naik !

harga barang naik lagi
minya petrol & diesel
gula serta gas LPG
begitu juga gas memasak

hasil dari urus tadbir
yang dikatakan telus
oleh kerajaan 1 Malaysia
padahal sebaliknya

inilah siri pengkhianatan
kerajaan najib
terhadap rakyat seluruhnya

apa tunggu lagi?
hanya rakyat yang buta hati saja
sanggup membiarkan
kezaliman ini

ayuh semua !
tumbangkan rejim UMNO/BN
pada PRU akan datang

sejahtera bersama ISLAM :-)

Ahad, Julai 11, 2010

hancur UMNO !

hancurkan pakatan mereka Ya Allah !
Amin...

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من أحب أن يبسط له في رزقه وينسأ
له في أثره فليصل رحمه

Dari Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : ”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

(Bukhari)

Huraian

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Khamis, Julai 08, 2010

keratan akhbar

seloka piala dunia:-)

Ahad, Julai 04, 2010

puisi untuk mu

kurang lebih dua minggu
hari masih berbaki
menanti detik dan waktu
menunggu kelahiran seorang penyeri

9 bulan berlalu
jerih perit keringat ummi mu
tak terasa semua itu
demi ingin melihat tangisan suara mu

abi mu ini faqir di sisi-Nya
ummi mu pula kurang serba dan serbi
tapi menggunung tinggi harapan ini
ingin melihat pejuang agama-Nya

duhai anak ini bingkisan
dari abi dan ummi sebagai ingatan
semoga ia menjadi bekalan
untuk mu kelak sebagai pejuang

duhai anak abi berpesan
walaupun kamu masih di dalam
kami membilang detik dan waktu
tak sabar hati bersua menatap mu

duhai anak abi ingatkan
lelaki atau perempuan abi redhakan
lahirlah kamu sebagai pejuang
menjadi hamba untuk agama-Nya

duhai anak
abi dan ummi menanti mu
lahirlah kamu
untuk syahid di jalan-Nya

abi mu
7.00 PM
22 rejab 1431

Jumaat, Julai 02, 2010

Mudahkan Jangan Susahkan!

عَنْ أَبِي بُرْدَةَ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا وَأَبَا مُوسَى إِلَى الْيَمَنِ قَالَ يَسِّرَا وَلَا تُعَسِّرَا وَبَشِّرَا وَلَا تُنَفِّرَا وَتَطَاوَعَا وَلَا تَخْتَلِفَا

daripada Abu Burdah :”Rasulullah mengutus Muaz dan Abu Musa ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”

(Bukhari)

Huraian :

Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang disampaikan menjadi ikutan. Antaranya ialah kita dilarag daripada menyukarkan manusia dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Contohanya ketika kita menjadi imam di dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmun yang ada bersama kita terdiri daripada mereka yang lemah dan sakit, tua dan sebagainya.

Nabi juga menyuruh kita mengembirakan manusia bukan menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang kita sampaikan. Oleh itu kita hendaklah mendahulukan perkara-perkara yang menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara yang berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat dari agama dan kebenaran. Sebalikanya jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat dan tahap tertentu bukan bersifat drastik dan melulu.

Rabu, Jun 30, 2010

keratan akhbar

-klik pada gambar untuk paparan penuh-

boleh percaya ke?




Ahad, Jun 27, 2010

ulamak @ penyamun ? vol 2

Masuk UMNO kerana dalam PAS dah ramai tokoh-tokoh agama?


Lalu mereka redha untuk memilih orang yang selama ini memusuhi Allah, Rasul, dan perjungan Islam, dengan alasan dakwah.


Ya, katakan kita bersangka baik yang mereka ini punyai niat ikhlas untuk berdakwah. Tetapi anehnya, cara menyimpang ini bukan cara yang diajar oleh Allah swt kepada para Rasul-Nya dan tidak juga disebut dalam kitab suci-Nya, yang kita dan mereka juga membacanya siang dan malam.


Perhatikan kenyataan Allah swt dalam surah As Soff 10-14 :


يا أيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?


تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون في سبيل الله بأموالكم وأنفسكم ذلكم خيرلكم إن كنتم تعلمون


(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


يغفرلكم ذنوبكم ويدخلكم جنات تجري من تحتها الأنهار ومساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم


Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.


وأخرى تحبونها نصر من الله وفتح قريب وبشر المؤمنين


Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang percaya (dengan keterangan & janji2 Allah).


يا أيها الذين آمنوا كونوا أنصار الله كما قال عيسى ابن مريم للحواريين من أنصار إلى الله قال الحواريون نحن أنصار الله فآمنت طائفة من بني إسراءيل وكفرت طائفة فأيدنا الذين آمنوا على عدوهم فأصبحوا ظاهرين


Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As Soff 10-14)

Sepatutnya, dengan ilmu yang mantap kurnian Allah, mereka gunakan untuk sama-sama bergabung tenaga bagi memantapkan perjuangan islam, insya Allah, dengan hasil kerjasama dan gabung jalin antara mereka akan menghasilkan bibit kemenangan buat agama islam.

Tetapi amat rugi dan malang bila mereka memilih UMNO untuk berdakwah, sebenarnya untuk menggadaikan maruah mereka, suka saya tegaskan, islam dan jemaah sama sekali tidak akan rugi walau satu sen pun dengan penyertaan mereka ke dalam UMNO, bahkan merekalah sebenarnya yang rugi dan malang kerana telah mencampakkan diri mereka dalam lubang kebinasaan.


Kesan kepada PAS !


Tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sesuatu yang lumrah, musuh dari luar datang menghadang di tengah jalan dan anai-anai cuba merosakkan jemaah dari dalam.


أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah 214)


Cabaran yang paling penting kepada PAS ialah, untuk memastikan halatuju perjuangan, kepimpinan, dan ahli yang terus komited dengan ISLAM. Kalau ini mampu dipertahankan, maka yang lain akan menjadi mudah untuk diaplikasikan.


لا إكراه في الدين قد تبين الرشد من الغي فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة الوثقى لا انفصام لها والله سميع عليم


Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat yang tidak akan putus (selama-lamanya). Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah 256)


Insya Allah dengan sepenuh harapan perjuangn Islam akan terus dipelihara oleh Allah swt. Hasil dari usaha dan kerja gigih penyokong dan pendokong agama Allah.


الله ولي الذين آمنوا يخرجهم من الظلمات إلى النور والذين كفروا أولياؤهم الطاغوت يخرجونهم من النور إلى الظلمات أولئك أصحاب النار هم فيها خالدون


Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya(iman) kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al Baqarah 257)


Semoga cahaya Islam akan terus bersinar di bawah bimbingan pemimpin Rabbani, yang hanya takutkan Allah swt, dan tidak gentar dengan kepungan musuh-musuh islam.


يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون


Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya. (As Soff 8)


يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وآمنوا برسوله يؤتكم كفلين من رحمته ويجعل اكم نورا تمشون به ويغفر لكم والله غفور رحيم


Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Hadid 28)

Sesungguhnya, memilih UMNO sebagai medan untuk berdakwah adalah pilihan yang luar tabie, umpama memilih "si pondan" untuk dibuat isteri.

sekian.

40 ulamak @ penyamun ?


1 - masuk UMNO kerana dakwah bukan kerana politik ?

1.1 - Allah swt melarang setiap orang yang beriman menjadikan orang-orang yang ingkar (yang kafir kepada-Nya) sebagai pemimpin meskipun mereka dari kalangan ahli keluarga sendiri.


Buktinya dalam surah At-Taubah :


يا أيها الذين آمنوا لا تتخذوا ءاباءكم وإخوانكم أولياء إن استحبوا الكفر على الإيمان ومن يتولهم منكم فأولئك هم الظالمون


Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali (pemimpin-pemimpin mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


قل إن كان ءاباءكم وأبناءكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى ياتي الله بأمره والله لا يهدى القوم الكافرين


Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya(hukuman-Nya)." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."


2.1 - Perhatikan dengan jelas, Allah swt melarang menjadikan pemimpin dari kalangan yang lebih mengutamakan kekafiran dari keimanan, itulah UMNO, selama lebih 50 tahun memimpin bangsa Melayu, menjadikan bangsanya murtad, menyebarkan maksiat, mencandu jiwa dan pemikiran generasi muda dengan budaya syaitan yang bertentangan jauh dengan nilai-nilai agama Allah swt & menjadi musuh utama golongan yang ingin melaksanakan islam


3.1 - Tanyakan kepada yang 'pura-pura' (masuk UMNO) Allah swt, Rasul dan berjuang pada jalan-Nyakah yang lebih mereka cintai ? Atau kaum keluaga, harta benda, kesenangan dan keuntungan dunia yang mereka cari ?


4.1 – Allah swt tidak akan sekali-kali memberi petunjuk kepada golongan fasik yang memusuhi ajaran Allah & menjadi musuh mereka yang taat hanya kepada-Nya


5.1 - Merakakah yang dinyatakan Allah swt dalam ayat-Nya di bawah ?


أولئك الذين اشتروا الضلالة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين


Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan (meninggalkan) petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (Al Baqarah 16)


Ataukah dalam surah As Soff?


يا أيها الذين آمنوا لم تقولون ما لا تفعلون ، كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون


Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


6.1 - llmu agama apa yang mereka pelajari selama ini? setelah Allah swt memberikan mereka ilmu-Nya, tapi tidak beramal dengan apa yang diketahui. Justeru, Allah nyatakan amat besar kemurkaan-Nya kepada mereka.


7.1 - Sedangkan sepatutnya meraka mendengar perintah Allah swt seperti yang dinyatakan dalam firman-Nya dalam surah At Taubah 29 :


قاتلوا الذين لا يؤمنون بالله ولا باليوم الآخر ولا يحرمون ما حرم الله ورسوله ولا يدينون دين الحق من الذين أوتوا الكتاب حتى يعطوا الجزية عن يد وهم صاغرون


Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan (pengetahuan) Al-Kitab kepada mereka, hingga mereka membayar jizyah (pajak) dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.


Dan dalam surah As Soff 4 :


إن الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص


Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.


8.1 - Tidakkah mereka malihat dengan jelas perintah Allah swt dalam ayat ini? Perintah untuk berjuang pada jalan Allah swt, sementara UMNO tidak pernah mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak pernah beragama dengan agama yang benar, dan memang selama ini pun UMNO hanya buat main-main saja dengan agama.


Lalu apa lagi nasihat indah dari Allah swt kepada mereka ?


surah Al-Maidah 57 :


يا أيها الذين آمنوا لا تتخذوا الذين اتخذوا دينكم هزوا ولعبا من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم والكفار أولياء واتقوا الله إن كنتم مؤمنين


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi (pengetahuan isi kandungan) kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang mengingkari Allah dan Rasul). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.


surah Al Baqarah 231 :


ولا تتخذوا آيات الله هزوا واذكروا نعمت الله عليكم وما أنزل عليكم من الكتاب والحكمة يعظكم به واتقوا الله واعلموا أن الله بكل شيء عليم


Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab (pengajaran al-Qur'an ini) dan Al Hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Khamis, Jun 24, 2010

dakwah&hikmah without dakyah&fitnah

salam.

ada satu kisah, seorang gadis non-muslim di malaysia, yang telah bersedia untuk memeluk agama islam, lalu dibawa oleh seorang ustaz ke pejabat agama untuk didaftarkan namanya sebagai seorang muslimah serta mengucapkan kalimah keramat iaitu kalimah Syahadah.

ketika sedang mengisi borang, si gadis berfikir sejenak, nama apakah yang cocok untu
knya bila bergelar muslimah kelak? fikir punya fikir, akhirnya berkenan pada satu nama y
ang indah, sesuai dengan keayuan dan kejernihan wajahnya yang betul-betul ikhlas untuk memeluk islam.

tapi, nama yang dipilihnya agak panjang, sehingga tak muat kotak yang
disediakan dalam borang.

lalu pegawai agama yang bertugas di pejabat agama tersebut terus 'sound' gadis tersebut (konon berlagak warok lagi alim taik kucheng)

"sila pilih nama yang pendek-pendek je yang muat dengan kotak dalam borang tu ok !!"
(macam nila kot lebih kurang ayat pegawai tu, saya pun dah lupa)

tiba-tiba si gadis berhenti menulis, lalu meletakkan pen di atas meja, dengan pantas dia menjawab "takpelah, tak jadilah saya masuk islam" lalu gadis itu pun keluar dari bilik pegawai tersebut.

lantas si ustaz yang mengiringi gadis itu panas dan naik 'hangin', terus dia meng'sound' pegawai hampeh itu semula "kalau dia taknak masuk islam lepas ni, awaklah yang bersalah"

kadang-kadang akibat tindakan bodoh kita boleh menyebabkan golongan bukan islam lari dari islam.

benarlah apa yang pernah diucapkan oleh Maulana Abul A'la Al Maududie :

الإسلام محجوب للمسلمين
"islam yang indah jadi hodoh dan buruk disebabkan orang islam itu sendiri"

apa salahnya, kalau gadis itu nak letak nama sampai 5 meter sekalipun? letaklah, yang penting dia bersama dengan kita dalam satu aqidah, tapi disebabkan adanya golongan yang mengaku pendakwah tapi tidak punya hikmah, maka ramailah golongan non-muslim yang akan lari dari islam dan tidak mahu mendekati islam.

dan inilah yang sedang diusahakan sekarang oleh kerajaan umno/BN, yang membangkitkan semula isu militan, pengganas, dan JI, hanya dengan satu matlamat untuk menjauhkan lagi golongan bukan islam dari menghayati islam.

mengaitkan presiden PAS (TGHH) dan beberapa orang lagi tokoh-tokoh agama dengan kumpulan militan adalah satu fitnah yang cukup besar untuk menjatuhkan kredibiliti dan institusi ulamak.

sabda Nabi saw :
الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"fitnah itu tidur sifatnya, Allah melaknat orang-orang yang membangunkannya"

kepada pejuang dan pendokong islam, dan juga kepada golongan bukan islam, jangan kita termakan dengan dakyah dan fitnah ini !

amat celakalah orang-orang yang menyebarkan fitnah ini.

sesunguhnya islam itu indah, bersama dengan islam itu sungguh indah, berjuang bersama islam itu sangat indah, dan mati bersama islam itu sebesar-besar nikmat yang cukup indah kurniaan dari Yang Maha Indah.

sekian.

Rabu, Jun 23, 2010

Tarikan Ke Neraka Dan Rintangan Ke Syurga

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”

(al-bukhari)

Huraian

1. Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

2. Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

3. Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqomah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka.atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

Selasa, Jun 22, 2010

suruhanjaya pilihanraya

sudahkah anda
keluarga anda
rakan anda
jiran anda

atau

sesiapa saja
yang anda kenali
berdaftar dengan
SPR ?

kalau dah cukup umur
segeralah mendaftarkan
diri anda

dan
mereka yang berdekatan
dengan anda

untuk
melayakkan diri anda
mengundi pada
PRU akan datang

ayuh semua !
mengundi adalah
satu kewajipan anda

untuk memilih pemimpin
yang boleh memimpin anda
di dunia
serta
di akhirat sana.

Isnin, Jun 21, 2010

baik masuk DAP

ada berani ka?
hehe...

sekadar gurauan :-)

Khamis, Jun 17, 2010

benarkah?

benarkah apa yang aku dengar ni?
negeri terengganu
negeri kesayanganku

antara salah satu negeri
yang masih berpotensi
untuk umno/BN menang
pada PRU akan datang

hanya kerana pemikiran orang melayu
yang masih lagi kebal dengan karat BIRU

oh, katakanlah !
semua ini hanya mimpi semata-mata

semoga datang nusrah-MU ya Allah !

Selasa, Jun 15, 2010

kehilangan


salam.

masing-masing para blogger dan sesiapa saja yang mengenali beliau akan menceritakan saat-saat indah serta kenangan manis ketika bersama dalam perjuangan.

ketokohannya, kesungguhannya, keilmuannya dan macam-macam lagi, semua ini disebut satu demi satu oleh rakan seperjuangan beliau, dan sesiapa saja yang pernah bertegur sapa dengan beliau, sehinggakan presiden PAS sendiri menggelarkannya sebagai 'kutubkhanah' dalam organisasi dan perlembagaan PAS.

bagi diri saya, mungkin tiada langsung kenangan antara saya dan beliau dalam arena perjuangan ini, maklumlah, beliau di selangor, saya pula di terengganu, hanya bertemu setahun sekali di muktamar (ketika saya masih di malaysia)

seingat saya, dalam pertengahan 2004, pernah sekali membuat lawatan sambil belajar ke taman melewar dan ketika itulah kami berpeluang bergambar beramai-ramai dengan beliau, turut serta bergambar ialah ustaz rosli (masa tu HEP MDQ) dan para pelajar thanawi 4 2004.

hanya ini saja secebis kenangan saya bersama dengan beliau (gambar tu pun dah hilang entah ke mana) yang saya yakin beliau pun memang tidak mengenali saya, yelah, macam mana nak kenal? ahli rombongan pada waktu tu seramai 80 orang, mustahil untuk beliau mengenali saya dan rakan-rakan yang lain.

namun satu perkara yang saya takkan lupa ialah kekuatan istiqamah yang ada pada beliau, bersama dalam PAS sejak usia muda sehinggalah ajal menjemput, bahkan meninggal pun sejurus pulang dari muktamar, memang betul-betul mati dalam perjuangan dan jihad pada jalan-NYA.

ramai yang bersedih sebab kematian Din Beramboi, namun tak ramai rasanya yang bersedih sebab kehilangan permata yang cukup bernilai ini, hanya mereka yang berjuang saja dapat merasai kesedihan akan sebuah kehilangan ini, satu kehilangan yang sukar dicari ganti.

semoga diri yang kerdil ini berserta rakan-rakan yang lain sentiasa tabah dan terus istiqamah dalam perjuangan, persis ketabahan dan istiqamah yang ada dalam sanubari Al Marhum Ustaz Hassan Shukeri.

semoga kematian ini dikira syahid di sisi Allah s.w.t, Aamin Yaa Rabbal Aalamin.

sekian.

Ahad, Jun 13, 2010

ustaz dan masa

satu teguran yang amat berguna
buat para ustaz
dan para bakal ustaz
agar sentiasa menepati masa

kalau para ustaz/ah
tak boleh tunjuk contoh terbaik
tentang masa
maka
beginilah jadinya

biar kita menunggu 1 jam
tapi
jangan kita lewat walau 1 minit

renung2kan !

Khamis, Jun 10, 2010

dua acara besar bermula hari ini !

salam

hari ini bermulanya dua acara yang gilang gemilang, kedua-duanya mencapai tahap antarabangsa dan bakal menjadi perhatian dunia.

masalah yang paling besar adalah, dua acara ini berlangsung di saat para pelajar al-azhar sedang
sibuk berperang dengan peperiksaan akhir semester.

memang betul-betul menguji tahap kesabaran kami semua, saya secara peribadi kadang-
kadang terlupa nak 'belek' kitab dek kerana bahang kepanasan acara tersebut.

tapi apa-apa pun, saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat, tumpukan semaksima mungkin terhadap imtihan akhir yang sedang berlangsung ini, kerana imtihan ini tiada siaran ulangan, berbeza dengan dua acara ini, mesti ada video ulangan yang boleh ditonton selepas imtihan nanti.

muktamar pas kali ke-56 baru saja selesai sesi ucapan dasar, pada petang ini akan berlangsung perbahasan daripada setiap perwakilan yang mengambil bahagian, diharap muktamar kali ini dapat menghasilkan buah
fikiran yang bermanfaat untuk menjana kemenangan islam, jadikan ia sebagai platform untuk kita bermuhasabah bukan untuk berbalah.

piala dunia pula akan membuka tirai pada petang ini (waktu mesir) semestinya ia akan menjadi perhatian ramai di seluruh pelusuk planet, masing-masing telah membuat telahan dan ramalan pasukan manakah yang akan membawa pulang piala keramat itu, tidak kurang juga bagi sesetengah pihak yang terlalu fanatik siap bergaduh (silap haribulan) sampai bertumbuk kerana nak menangkan pasukan masing-masing.

namun bagi saya muktamar pas lebih mencuri tumpuan hati, kerana ia merupakan agenda besar untuk mengubah kuasa politik kembali ke tangan islam, insya'Allah, kalau islam diberi kuasa untuk memerintah, tidak mustahil piala dunia versi islam akan diadakan dan sudah semestinya ia akan menjadi perhatian semua.

hati tertanya, nak sokong pasukan mana ya? naluri menjawab 'harap-harap pasukan dari negara umat islam yang akan menang' insya'Allah;)

sekian.

pengganas dunia

orang "kapeer" pun "reti base"

malu kita kalau masih tak "reti base"

Isnin, Jun 07, 2010

talam dua muka




tangan kanan hulurkan bantuan ke gaza
tangan kiri bagi kerjasama dengan apco

apa kes?

Khamis, Jun 03, 2010

tahniah

tahniah kepada anggota polis (yang baik-baik saja)
kerana tidak rasuah

sabda Rasulullah saw.

لعن الله الراشي والمرتشي

Allah swt. melaknat orang yang memberi & menerima rasuah.

yang polis ni dah selesai
yang jadi pemimpin tertinggi negara bila lagi nak selesai?

caranya mudah
PRU akan datang kita pakat gulingkan mereka

Insya'Allah.

Isnin, Mei 31, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami ! jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami ! jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

sayangku, maafkan diri ini andai pernah membuat-mu menangis
6454 abadan !

Ahad, Mei 30, 2010

konvoi gaza diserang

salam

Konvoi Freedom Flotilla diserang, tindakan yang sangat biadap oleh tentera israel, ayuh sahabat-sahabat, gunakan "senjata doa" kita untuk menghancurkan mereka

الدعاء سلاح المؤمن
doa adalah senjaa bagi orang yang beriman

semoga Allah memudahkan perjalanan konvoi ini, dan semoga misi untuk membantu gaza ini terlaksana.

Amin

Sabtu, Mei 29, 2010

hati-hati !



kasut crocs
hati-hati

jangan beli kasut jenama ini
ia menghina islam

kepada yang telah membelinya
periksa & teliti baik-baik

ada tak kalimah Allah
di kasut anda?

"sesungguhnya mereka (musuh islam) akan sentiasa merancang untuk menghancurkan kita siang dan malam"

halal dan haram



judi haram
selamanya akan haram
sampai qiamat

arak haram
namun haramnya bersyarat

arak akan jadi halal

bila?
adakah bila ada lesen?

oh, tidak

bila dah jadi "cuka" laa

Jumaat, Mei 28, 2010

dok dan nok mikir !


cuba bayangkan
kalau dalam islam
si isteri diberi kuasa
untuk menceraikan suami

wah, huru-hara dunia jadinya...

Selasa, Mei 25, 2010

sukan without maksiat


sukan tidak salah
bahkan islam menggalakkkan penganutnya bersukan

yang salah adalah kita
memasukkan unsur2 maksiat di dalamnya

seperti lumba lari, renang, snoker dll
ini semua bagus & bermanfaat untuk kesihatan jasmani

bahkan kalau kena gaya
sukan akan dianggap ibadah
pabila si pemainnya bersukan kerana Allah

majulah sukan untuk islam

Khamis, Mei 20, 2010

apa khabar sifuku sekarang?


rindu untuk melihat ustaz harun taib kembali beraksi di pentas politik, semoga lekas sembuh, kami sentiasa mendoakan ustaz.

شفاك الله شفاء عاجلا شفاء لا يغادر بعده سقما

kepada sahabat-sahabat yang terbaca posting ini, sama-samalah kita berdoa untuk al-fadhil ustaz harun taib.

p/s ; ustaz harun taib merupakan ADUN Manir merangkap ketua dewan ulamak pas pusat.

aku nikahkan dikau !


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Ahmad Muzani bin Abd Rahman
&
Siti Norul Aini Hasmidar binti Md Razali

semoga berbahagia hingga ke syurga
Amin Ya Rabbal Alamin

Khamis, Mei 13, 2010

apa lagi selepas ini?



salam.

ini adalah keratan akhbar yang menyiarkan kisah sedih dan pilu yang dihadapi oleh para pelajar agama di mesir.

adakah selepas ini akan ada lagi kisah sedih sebegini?

oh Tuhan, sesungguhnya Engkaulah yang maha merahmati dikalangan hamba-hamba-Mu yang membantu para pelajar agama.

dan sesungguhnya Engkau jugalah yang maha melaknat dikalangan hamba-hamba-Mu yang menyusahkan para pelajar agama.

Amiin, ya rabbal 'alamiin.

Sabtu, Mei 08, 2010

judi halal bila ada lesen

salam.

"kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika piala dunia 2010 jun ini"

ini adalah kata-kata yang dipetik dari ucapan datuk awang adek hussein, timbalan menteri kewangan malaysia, kata-kata yang langsung tak masuk akal dan dianggap terlalu melampau yang dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri dalam malaysia.

kononnya cadangan ini dikeluarkan kerana kerajaan bimbang berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan dalam negara ini.

judi adalah haram di sisi islam, tapi kalau ada lesen dan kelulusan dari kerajaan maka ia akan jadi halal, inilah pemikiran dangkal dari pihak kerajaan yang jelas tidak mahukan islam dan terang-terang menolak syariat islam.

amat malang dan berdosa besarlah bagi masyarakat yang masih lagi menyokong dan memberi undi untuk umno yang telah sekian lama membelakangkan ajaran islam.

di dunia mendapat murka dan di akhiat bakal mendapat azab, nauzubillah.

sesungguhnya mati dalam keadaan taat kepada Allah, adalah lebih baik dan lebih mulia dari hidup dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah swt.

sekian.

Ahad, Mei 02, 2010

MOHD SAFUAN HILMI


kenapa orang
nak bunuh orang ?

sungguh jahat orang itu.

Isnin, Mac 22, 2010

kasih ibu


"Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?.....berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?..berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?.......berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya?....berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?.....dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.....?



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
> 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

'Saya Sayangkan Ibu'.Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.
'Jika kamu menyayangi ibumu, 'forward'kanlah kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu