Khamis, Ogos 13, 2009

kepulangan

salam.

insya'Allah pada esok malam saya akan pulang bercuti di malaysia selama 3 bulan, cuti kali ini boleh juga dikatakan sebagai praktikal bagi saya, setelah hampir 2 tahun di bumi barakah ini, tibalah masa untuk saya pulang dan menyampaikan 'inzar' kepada masyarakat.

kalau rakan-rakan perubatan dihantar ke hospital atau klinik untuk latihan praktikal, begitu juga dengan saya dan rakan-rakan pengajian islam, akan dihantar untuk latihan praktikal di surau dam masjid.

kadang-kadang ilmu yang hampir 5 tahun dituntut dan dipelajari hilang hanya selama 30 minit bila berkuliah atau bertazkirah di surau dan masjid, inilah cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi oleh para azhariyyun.

so, berusahalah semaksima mungkin untuk mendalami ilimu agama, agar ia cukup untuk kita berhadapan dengan masyarakat kelak.

kepada sahabat-sahabat sekalin, doakan saya sepanjang musafir panjang ini, agar terhindar dari mala petaka yang tak diingini, semoga Allah memelihara kita semua di dunia dan akhirat.

kalau ada sumor di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalu ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

sekian, waa islama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan