Sabtu, Ogos 01, 2009

si tanggang moden

salam.

dahla merogol, lepas tu membunuh, lepas tu menghina dan mengherdik mak sendiri, tiga dosa besar dah dilakukannya, tapi masih tak insaf.

inilah keratan akhbar yang saya copy dari internet, cukup sedih dan pilu, beginilah nasib umat islam jika mereka jauh tersasar dari landasan agama Allah.

hati saya tergolong dalam golongan yang susah nak menangis, hati kering la katakan, tapi bila melihat seorang ibu yang dihina dan diherdik oleh anak sendiri, terus sebak hati ini.

buat mak, maafkan alif andai pernah melukakan hati mak, alif nak jadi anak yang soleh, yang akan sentiasa berbakti untuk mak dan ayah hingga hujung nyawa, tiada apa lagi yang alif harapkan selepas Allah dan Rasul, selain redha dan restu dari mak dan ayah.

sayang, sayang, sayang mak dan ayah.

2 ulasan:

  1. Jenis macam ni tak lama kena angin ahmar bertempik panggil mak bapak....

    BalasPadam
  2. yup, btol tu, smg dia kembali insaf sblum nyawa smpi ke halkum...

    BalasPadam