Sabtu, Jun 27, 2009

penantian satu penyeksaan

salam.

sehingga saat ini saya masih ternanti-nanti yb husam meng'update' blognya, tapi masih dibiarkan berdebu dihinggapi habuk.

ketika tok guru ayah ziq mengeluarkan kenyataan keras kepada ustaz nasa, yb husamlah diantara golongan 'as-sabiqunal awwalun' yang menyiarkan kenyataan ayah ziq itu, tapi bila semuanya dah selesai dengan aman dan damai, masih tak terusik blog yb husam ni, masih bisu tanpa apa-apa ulasan.

saya berhusnu zon, mungkin yb husam amat sibuk sekarang dek kerana PRK manek urai, saya akui kerana yb husam adalah antara orang terpenting dalam perhubungan pas kelantan, cuma saya harapkan yb dapat meluangkan sekelumit waktu untuk meng'update' blog dan seterusnya mengulas sikit pandangan yb berkenaan isu ni.

kepada yb husam, tunaikanlah permintaan saya ini secepat mungkin, saya sentiasa menanti ulasan dan bacaan politik dari yb.

sekadarnya dari saya, waa islama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan