Khamis, Julai 09, 2009

tragedi natrah 1950

Salam.

4.30 pagi waktu mesir, saya buka blog MSO, terbaca berita pasal Natrah yang telah meninggal dunia (1937-2009).

Saya mula mengetahui kisah hidup Natrah dan perjuangan orang melayu untuk menyelamatkan aqidahnya lewat ceramah dari Tuah Guru Hj Abdul Hadi Awang, beliau menceritakan rentetan sejarah natrah satu persatu sehinggalah dia dimurtadkan dan dibawa pulang ke belanda.

Pada masa tu berpusu dan berduyun orang islam keluar ke jalan raya untuk mempertahankan aqidah seorang sunti bernama natrah, ada yang cedera, ada juga yang syahid, sungguh hebat perjuangan mereka.

Namun ini semua hanya tinggal sejarah, si natrah telah pun pergi meninggalkan kita dengan nama barunya Bertha Hertogh, semangat cinatakan islam yang ditunjukkan oleh nenek moyang kita dahulu rasanya telah terhakis sedikit demi sedikit.

Bagaiamana agaknya sekarang nasib Aishah Bukhari? apa yang sedang dilakukan sekarang oleh Lina Joy? dan bagaimana pula nasib 250 000 orang yang telah murtad di Negara kita? aduh, sedihnaya hati ini bila terkenangkan mereka semua, diri ini tak mampu langsung untuk berbuat apa-apa selain merintih, menangis, dan terus berdoa agar mereka semua kembali kepada islam.

Jikalau kita bergembira dengan islamnya MICHAEL JACKSON, tapi jangan kita lupa, kita sepatutnya menangis dan merintih beribu-ribu kali dengan ribuan saudara kita yang telah murtad dan tinggalkan islam secara sah ataupun tidak, baik di Malaysia mahupun di tempat-tempat lain.

Ayuh sahabat, jangan terus leka, bangkitlah, perjuangan kita masih jauh.

Waa islama, ayuh semua selamatkan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan