Selasa, Jun 15, 2010

kehilangan


salam.

masing-masing para blogger dan sesiapa saja yang mengenali beliau akan menceritakan saat-saat indah serta kenangan manis ketika bersama dalam perjuangan.

ketokohannya, kesungguhannya, keilmuannya dan macam-macam lagi, semua ini disebut satu demi satu oleh rakan seperjuangan beliau, dan sesiapa saja yang pernah bertegur sapa dengan beliau, sehinggakan presiden PAS sendiri menggelarkannya sebagai 'kutubkhanah' dalam organisasi dan perlembagaan PAS.

bagi diri saya, mungkin tiada langsung kenangan antara saya dan beliau dalam arena perjuangan ini, maklumlah, beliau di selangor, saya pula di terengganu, hanya bertemu setahun sekali di muktamar (ketika saya masih di malaysia)

seingat saya, dalam pertengahan 2004, pernah sekali membuat lawatan sambil belajar ke taman melewar dan ketika itulah kami berpeluang bergambar beramai-ramai dengan beliau, turut serta bergambar ialah ustaz rosli (masa tu HEP MDQ) dan para pelajar thanawi 4 2004.

hanya ini saja secebis kenangan saya bersama dengan beliau (gambar tu pun dah hilang entah ke mana) yang saya yakin beliau pun memang tidak mengenali saya, yelah, macam mana nak kenal? ahli rombongan pada waktu tu seramai 80 orang, mustahil untuk beliau mengenali saya dan rakan-rakan yang lain.

namun satu perkara yang saya takkan lupa ialah kekuatan istiqamah yang ada pada beliau, bersama dalam PAS sejak usia muda sehinggalah ajal menjemput, bahkan meninggal pun sejurus pulang dari muktamar, memang betul-betul mati dalam perjuangan dan jihad pada jalan-NYA.

ramai yang bersedih sebab kematian Din Beramboi, namun tak ramai rasanya yang bersedih sebab kehilangan permata yang cukup bernilai ini, hanya mereka yang berjuang saja dapat merasai kesedihan akan sebuah kehilangan ini, satu kehilangan yang sukar dicari ganti.

semoga diri yang kerdil ini berserta rakan-rakan yang lain sentiasa tabah dan terus istiqamah dalam perjuangan, persis ketabahan dan istiqamah yang ada dalam sanubari Al Marhum Ustaz Hassan Shukeri.

semoga kematian ini dikira syahid di sisi Allah s.w.t, Aamin Yaa Rabbal Aalamin.

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan