Sabtu, Jun 27, 2009

penantian satu penyeksaan

salam.

sehingga saat ini saya masih ternanti-nanti yb husam meng'update' blognya, tapi masih dibiarkan berdebu dihinggapi habuk.

ketika tok guru ayah ziq mengeluarkan kenyataan keras kepada ustaz nasa, yb husamlah diantara golongan 'as-sabiqunal awwalun' yang menyiarkan kenyataan ayah ziq itu, tapi bila semuanya dah selesai dengan aman dan damai, masih tak terusik blog yb husam ni, masih bisu tanpa apa-apa ulasan.

saya berhusnu zon, mungkin yb husam amat sibuk sekarang dek kerana PRK manek urai, saya akui kerana yb husam adalah antara orang terpenting dalam perhubungan pas kelantan, cuma saya harapkan yb dapat meluangkan sekelumit waktu untuk meng'update' blog dan seterusnya mengulas sikit pandangan yb berkenaan isu ni.

kepada yb husam, tunaikanlah permintaan saya ini secepat mungkin, saya sentiasa menanti ulasan dan bacaan politik dari yb.

sekadarnya dari saya, waa islama.

Selasa, Jun 23, 2009

tahniah

Salam.

Jam 2.38 pm waktu egypt, kontrol natijah syibin dan keluar, suatu berita gembira untuk sahabat saya merangkap abang ketika suka dan duka, tahniah untuk che ku faisal (peso).

Alhamdulillah, peso dapat naik tahun empat usuluddin tafsir dengan sofi (tanpa repeat subjek) tahniah juga untuk sahabat-sahabat yang lain antaranya luqman zakaria, kepada yang tak najah, doakan mudah-mudahan keajaiban akan berlaku, kerana ni baru natijah kontrol, mungkin ada sedikit perubahan untuk natijah sebenar nanti, sama-samalah kita doa agar semua najah, Amiin.

Kepada peso dan luqman, pastikan mustajid tahun empat nanti hanya sekali, kemudian terus pulang dengan segulung ijazah dan berbakti kepada masyarakat di malaysia pula, baarakallahu fiikum.

Sekadarnya dari saya, waa islama.

isu UG selesai.

salam.

akhirnya, segala kusut yang melanda hati kembali reda, hasil daripada pemuafakatan yang diambil oleh para pimpinan pas,

Alhamdulillah. tok guru ayah ziq pun dah menarik balik kata-kata pedas yang dilontarkan kepada ustaz nasa, inilah tokoh murabbi yang sepatutnya menjadi idola para pemuda islam, tak malu mengaku salah, diharapkan sifat ini ada pada semua pemimpin pas, bila salah terus mengaku tanpa rasa malu.

pepatah arab ada menyebut :

كيفما يكن المربي يكن المربى

maksudnya : sebagaimana didikan yang diberikan oleh pendidik, akan lahirlah anak didik yang akan mengikut tunjuk ajar mereka.

insyaAllah, dengan contoh teladan mulia yang ditunjukkan oleh para pimpinan akan menjadi ikutan yang terbaik untuk generasi akan datang dalam meneruskan perjuangan ini.

Allah akan tetap bersama pejuang-nya, janji-nya pasti berlaku.

sekadarnya dari saya, waa islama.

p/s : maaf, keterbatasan waktu menghalang saya untuk mengulas dengan panjang lebar.

Sabtu, Jun 20, 2009

titik persamaan antara dua tok guru

salam.

rupanya ada persamaan pendapat antara dua tok guru kita ni pasal UG, cuma kita je yang asyik terpengaruh dengan media dan blogger yang ingin melihat pas berpecah.

cuba baca dan amati baik-baik laporan ini :

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=599

bacalah dengan hati yang lapang dan dada yang terbuka, jangan kita mudah terpengaruh dengan fitnah musuh.

sabda rasulullah s.a.w.

الفتنة نائمة ، لعن الله من أيقظها

maksudnya : "fitnah itu lena, allah melaknat orang yang membangunkannya dari lena"

kepada sesiapa yang cuba ingin melagakan antara dua tok guru ini, insaflah ! takutlah akan azab-nya, kembalilah pada jalan-nya, sebelum tanah memenuhi rongga mulut anda.

sebagaimana kita mencari titik persamaan antara DAP dan PKR untuk bekerjasama dan ber 'tahaluf siyasi', begitulah juga dengan pendapat dua tok guru yang kita sayangi ini berkenaan dengan UG.

sekadarnya dari saya, waa islama.

Jumaat, Jun 19, 2009

bersabar menanti jawapan.

Salam.

Ustaz idirs ahmad dalam harakah hari ini menyeru kepada semua ahli pas agar bertenang dengan suasana yang berlaku sekarang.

Memang tak dapat dinafikan lagi, suasana yang berlaku sekarang memang panas, sepanas cuaca di cairo pada ketika saya menulis posting ini.

Ketahuilah wahai sahabat sekalian, apa yang berlaku sekarang merupakan ujian allah untuk hamba-nya, ujian yang berat hanya untuk hamba yang hebat.

Pada zaman rasulullah s.a.w. sudah pun berlaku, ketika di mekah, semua umat islam bersatu di bawah payung islam, istilah ‘nifaq’ dan ‘munafiq’ tak ada lagi ketika di mekah, namun setelah berhijrah ke madinah barulah istilah ini timbul, selepas allah bagi sedikit kemenangan dengan memerintah madinah, Negara islam yang pertama pada waktu itu.

Begitu juga pada hari ini, ketika pas kalah, tak ada pun kita dengar ahli dan pimpinan pas bergaduh dan berselisih pendapat sesama sendiri, semua ini kita dengar bila mana ada sedikit kurnia dari allah akan kemenangan yang tak seberapa ini.

Yakinlah saya kini, bahawa kemenangan besar pada PR 2008 tempoh hari bukan hanya kemenangan semata-mata, bahkan lebih kepada ujian yang hebat dari allah, sebagai tapisan dari-nya untuk kita kenal yang mana ikhlas dan yang mana munafiq.

Ingatlah, mempertahan kemenangan yang ada adalah lebih sukar dari mencapai kemenangan.

Jadi sama-samalah kita bersabar dan menanti keputusan rasmi dari pucuk pimpinan tertinggi, yakinlah saudara sekalian, pas dipimpin oleh ulamak dan professional yang bertaqawa, ditambah dengan majis syura ulamak yang semua ahlinya adalah ulamak, bererti mustahil mereka semua akan bersetuju dan bersepakat dalam menuju kesesatan, allah akan bersama dengan kita.

Sekadarnya dari saya, waa islama.

Senyum-senyum selalu, dan selamat beramal.

Khamis, Jun 18, 2009

bertemu dan berbincang secara 'anok-beranok'

salam.

pukul 2.12 ptg waktu mesir, saya buka harakahdaily, keluar kenyataan dari yb. mahfuz dan salahudin, meminta agar ustaz nasha bertemu sendiri dengan ayah ziq secara 4 mata, bagi menjernihkan suasana yang semakin panas ini, terus terang saya katakan, saya masih gelisah dan tak senang duduk dengan perkembangan yang berlaku sekarang, ya allah.

satu cadangan yang baik dari dua orang naib presiden tersebut, saya pun berfikir akan hal yang sama, seeloknya agar ustaz nasha pergi sendiri bertemu ayah ziq, benbincang secara 'anok-beranok' bak kata orang ganu, tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.

saya bedoa pada Allah agar hal ini akan selesai segera, kalau boleh biarlah ia selesai sebelum PRK manek urai, bimbang undi pas akan terjejas dengan situasi panas ini, walaupun hanya PRK, kalau manek urai kalah sekalipun, ia takkan menjejaskan kerajaan kelantan, tapi maruah kita mungkin akan tercemar dengan dasyatnya kalau pas kalah di manek urai.

kepada ustaz nasha, bersabarlah dengan apa yang berlaku, dan kepada tok guru ayah ziq juga, diharap mereka dapat menyelesaikannya dengan rundingan damai yang paling baik, itulah harapan saya dan rakan-rakan di mesir ini harapkan.

sekadarnya dari saya, waa islama.

Rabu, Jun 17, 2009

selamat pengantin baru buat RAMLAN !

salam

Alhamdulillah, baru-baru ni seorang sahabat baik saya telah pun mendirikan rumah tangga bersama dengan pasangannya, kalau tak silap namanya ummi, tapi tak tau nama penuh, ala kulli hal, selamat pengantin baru ramlan, "baarakallhu lakuma wajamaa bainakuma fi khair".

di bawah ni, saya selitkan gambar-gambar kenangan manis majlis mereka, yang saya amik gambar-gambar ni dari friendster ramlan, hehe, jgn marah lan...

semoga berbahagia lan hingga ke syurga, Amin ya rab.

kat sebelah kiri tu ramazan (along) dah kahwin, tp saya taktau pun bila dia kahwin, wase ati ngoh ke mu mazan :(

mak ai, aksi sarung cincin, sengeh molek muka dia, macam lembu naik van (pinjam ayat ustaz jihadi) hehe

pakaian biru laut, melambangkan keutuhan cinta dan kasih sayang pasangan ini, bukan sek2 barisang, nauzubillah..

amboi, makan nasi pun kongsi sepinggan 2 org, haa, jgn malu-malu nak suapakan ke mulut masing-masing ye:)

yang mane masih single? sila hubungi saya dgn segera k:)

panduan menulis surat cinta

salam

Ukhti fi al-Islam...

Ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah S.W.T. Walaupun terlalu berat rasa hati untuk menulis surat ini namun ana yakin bahawa ana telah digagahi oleh Allah S.W.T jua untuk melakukannya setelah ana istikharah beberapa kali. (Astaghfirullah…moga ianya bukan riya’ ) Ana tidak berniat memanjangkan kalam, biarlah ana terus focus pada apa yang nak ana sampaikan...

Ukhti...

Ana tidak mampu lagi menanggung resah di hati setelah mengenali keperibadian, agama dan perjuangan ukhti yang memang menepati ciri-ciri wanita idaman setiap mujahidin. Kenapakah terlalu awal perasaan ini hadir dalam hidup ana? Ana takut perasaan ini membuka lembaran baru bagi syaitan untuk melalaikan perjuangan ana dan menjarakkan ana dari mengingati Ar-Rahman. Lantaran itu, ana cuba untuk melupakan perasaan ini buat sementara waktu tapi hati ana terus dirasuk kebimbangan bahawa jika ana tidak berterus-terang, ana akan kecewa nanti. Ana akur bahawa ana tewas pada perasaan sendiri. Akhirnya, ana hadirkan jua surat ini supaya ukhti tahu bahawa setelah habis belajar nanti, ana menanti ukhti untuk dijadikan pembantu perjuangan di sayap kiri. Cukuplah sekadar ukhti tahu.

Ukhti...

Ana harap ukhti takkan membalas surat ini kerana bimbang ianya akan menambahkan noda hitam di hati ana lantaran teringatkan ukhti. Allah lebih berhak untuk kita ingati di usia ini. Perasaan ana terhadap ukhti pun anugerah dari Allah S.W.T jua. Jesteru, wajarlah ana memelihara batasan yang Dia gariskan. Doakan agar ana tidak meletakkan cinta ana kepada ukhti mengatasi cinta kepada-Nya. Dan ana nasihatkan kepada ukhti seendiri tidak perlu terlalu memikirkan hal ini. Masih banyak perkara lain lagi yang perlu ukhti fikirkan terutamanya amanah kita sebagai penerus manhaj tarbiyyah di bumi Allah ini.

Ukhti...

Ana harap ukhti jelas bahawa kehadiran surat ana ini sekadar untuk memberitahu hasrat ana terhadap ukhti selepas habis belajar nanti. Ana tetap berpegang pada prisip bahawa perasaan cinta terhadap seseorang tetap tak menghalalkan ana untuk mengetepikan Allah S.W.T dalam setiap tindakan sepanjang tempoh belajar ini. Ana juga langsung tak berniat untuk memaksa ukhti menerima ana. Terserahlah kepada ukhti sendir. Kalaulah ukhti memang diciptakan untuk ana, ana serahkan ukhti dalam jagaan Allah S.W.T. moga Allah jua yang akan mempermudahkan jodoh pertemuan dengan ukhti nanti. Walaubagaimanapun, put your trust in Allah. Ana redha pada ketetapan Allah yang bakal kita hadapi. Dialah sebaik-baik Perancang.

Yang Benar :
Pengemis Cinta Ilahi…

p/s : surat ni saya copy jer dr blog org lain.. hehe.

senyum-senyum selalu dan selamat beramal !

nikmat-nikmat Allah

salam

imam ghazali menyimpulkan dlm membahagikan nikmat-nikmat yg ada di atas muka bumi Allah ini, sebanyak 6 perkara.

walaupon nikmat Allah tak terhitung banyaknya, tp utk memudahkan kita mengenali nikmatNya, maka dihimpunakan akan 6 perkara tersebut.

1. nikmat yg dimakan
2. nikmat yg diminum
3. nikmat yg ditunggang (kenderaan)
4. nikmat yg dicium (wangian)
5. nikmat yg dipakai
6. nikmat yg dicintai

inilah 6 nikmat hasil kajian imam ghazali, kalu kita pandai apikasikan nikmat ni, maka ke syurgalah kita..

dan kalu kita tak pandai dalam mengecapi nikmat ni, maka ke nerakalah kita, nauzubillah..

apa2 pun, keenam nikmat ini, takkan dpt menandingi nikmat iman dan islam yg Allah kurniakan kpd kita selaku hambaNya, sama2lah kita prtahankan kedua-dua nikmat ini ye.

senyum-ssenyum selalu dan selamat beramal.

tahjud

ustaz saya pernah bgtau dulu masa kat dq, kalu nak jadikan diri kita sentiasa berseri dan awet muda, kene banyakkan qiamullail, in'Allah, wajah anda akan sentiasa berseri, tak perlulah duk perabih duit dgn membeli alat-alat kosmetik, sume tue hnye plastik je, yg penting bykkan ibadah kpd Allah, ditanggung beres jer, em, satu lagi, pastikan anda sentiasa dlm keadaan brwudhu, lepas kentut @ buang air, cpt2la g amik wudhu, walo apa pun kita nak wat, hatta nak gi main bola sekalipon, cubala amik wudhu..

dan ketika berwudhu, jgn lupa msukkan air ke dalam hidung, ubat resdung tu..

senyum-senyum selalu dan selamat beramal..

waa islama

salam, blog ini siap dibina pada jam 2.34 pagi, 18 jun 2009 bersamaan 24 jamadil akhir 1430, maaf, saya bukanlah dikalangan orang yang pandai menulis, spm dalam subjek BM pun cukup-cukup makan je, tapi saya terpangil untuk melakarkan blog ini, bilamana saya terbaca dari blog mso (tinta merah) berkenaan dengan kata-kata tok guru nik aziz kepada ustaz nasha, saya amat sedih dengan keadaan yang berlaku, hampir saja airmata ingin mengalir bila terbaca berita yg menggemparkan ni, tapi saya tahankan juga, sebab malu, maklumlah masa baca berita td saya kat cc, jd kalu orang tgk saya menangis, takut dikatakan saya frust menonggeng dgn awek, hehe..

apa yg saya harapkan dr para pimpinan pas sekarang ialah janganlah mengeluarkan sebarang kenyataan yg boleh menambah parahkan lagi isu ini, biarlah hal ini diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi terlebih dahulu, lebih-lebih lagi tok guru ayah ziq, ayah chik dan ustaz nasha sendiri, saya harapkan mereka dapat selesaikan hal ini dengan sebaik mungkin, baiklah, cukup dulu setakat ni, nak tido plak, jumpa lagi dalam entri akan datang, wassalam.