Salam.
Ustaz idirs ahmad dalam harakah hari ini menyeru kepada semua ahli pas agar bertenang dengan suasana yang berlaku sekarang.
Memang tak dapat dinafikan lagi, suasana yang berlaku sekarang memang panas, sepanas cuaca di cairo pada ketika saya menulis posting ini.
Ustaz idirs ahmad dalam harakah hari ini menyeru kepada semua ahli pas agar bertenang dengan suasana yang berlaku sekarang.
Memang tak dapat dinafikan lagi, suasana yang berlaku sekarang memang panas, sepanas cuaca di cairo pada ketika saya menulis posting ini.
Ketahuilah wahai sahabat sekalian, apa yang berlaku sekarang merupakan ujian allah untuk hamba-nya, ujian yang berat hanya untuk hamba yang hebat.
Pada zaman rasulullah s.a.w. sudah pun berlaku, ketika di mekah, semua umat islam bersatu di bawah payung islam, istilah ‘nifaq’ dan ‘munafiq’ tak ada lagi ketika di mekah, namun setelah berhijrah ke madinah barulah istilah ini timbul, selepas allah bagi sedikit kemenangan dengan memerintah madinah, Negara islam yang pertama pada waktu itu.
Begitu juga pada hari ini, ketika pas kalah, tak ada pun kita dengar ahli dan pimpinan pas bergaduh dan berselisih pendapat sesama sendiri, semua ini kita dengar bila mana ada sedikit kurnia dari allah akan kemenangan yang tak seberapa ini.
Yakinlah saya kini, bahawa kemenangan besar pada PR 2008 tempoh hari bukan hanya kemenangan semata-mata, bahkan lebih kepada ujian yang hebat dari allah, sebagai tapisan dari-nya untuk kita kenal yang mana ikhlas dan yang mana munafiq.
Ingatlah, mempertahan kemenangan yang ada adalah lebih sukar dari mencapai kemenangan.
Jadi sama-samalah kita bersabar dan menanti keputusan rasmi dari pucuk pimpinan tertinggi, yakinlah saudara sekalian, pas dipimpin oleh ulamak dan professional yang bertaqawa, ditambah dengan majis syura ulamak yang semua ahlinya adalah ulamak, bererti mustahil mereka semua akan bersetuju dan bersepakat dalam menuju kesesatan, allah akan bersama dengan kita.
Sekadarnya dari saya, waa islama.
Senyum-senyum selalu, dan selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan