salam.
ada satu kisah, seorang gadis non-muslim di malaysia, yang telah bersedia untuk memeluk agama islam, lalu dibawa oleh seorang ustaz ke pejabat agama untuk didaftarkan namanya sebagai seorang muslimah serta mengucapkan kalimah keramat iaitu kalimah Syahadah.
ketika sedang mengisi borang, si gadis berfikir sejenak, nama apakah yang cocok untu
knya bila bergelar muslimah kelak? fikir punya fikir, akhirnya berkenan pada satu nama y
ang indah, sesuai dengan keayuan dan kejernihan wajahnya yang betul-betul ikhlas untuk memeluk islam.
tapi, nama yang dipilihnya agak panjang, sehingga tak muat kotak yang
disediakan dalam borang.
lalu pegawai agama yang bertugas di pejabat agama tersebut terus 'sound' gadis tersebut (konon berlagak warok lagi alim taik kucheng)
"sila pilih nama yang pendek-pendek je yang muat dengan kotak dalam borang tu ok !!"
(macam nila kot lebih kurang ayat pegawai tu, saya pun dah lupa)
tiba-tiba si gadis berhenti menulis, lalu meletakkan pen di atas meja, dengan pantas dia menjawab "takpelah, tak jadilah saya masuk islam" lalu gadis itu pun keluar dari bilik pegawai tersebut.
lantas si ustaz yang mengiringi gadis itu panas dan naik 'hangin', terus dia meng'sound' pegawai hampeh itu semula "kalau dia taknak masuk islam lepas ni, awaklah yang bersalah"
kadang-kadang akibat tindakan bodoh kita boleh menyebabkan golongan bukan islam lari dari islam.
benarlah apa yang pernah diucapkan oleh Maulana Abul A'la Al Maududie :
الإسلام محجوب للمسلمين
"islam yang indah jadi hodoh dan buruk disebabkan orang islam itu sendiri"
apa salahnya, kalau gadis itu nak letak nama sampai 5 meter sekalipun? letaklah, yang penting dia bersama dengan kita dalam satu aqidah, tapi disebabkan adanya golongan yang mengaku pendakwah tapi tidak punya hikmah, maka ramailah golongan non-muslim yang akan lari dari islam dan tidak mahu mendekati islam.
dan inilah yang sedang diusahakan sekarang oleh kerajaan umno/BN, yang membangkitkan semula isu militan, pengganas, dan JI, hanya dengan satu matlamat untuk menjauhkan lagi golongan bukan islam dari menghayati islam.
mengaitkan presiden PAS (TGHH) dan beberapa orang lagi tokoh-tokoh agama dengan kumpulan militan adalah satu fitnah yang cukup besar untuk menjatuhkan kredibiliti dan institusi ulamak.
sabda Nabi saw :
الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"fitnah itu tidur sifatnya, Allah melaknat orang-orang yang membangunkannya"
kepada pejuang dan pendokong islam, dan juga kepada golongan bukan islam, jangan kita termakan dengan dakyah dan fitnah ini !
amat celakalah orang-orang yang menyebarkan fitnah ini.
sesunguhnya islam itu indah, bersama dengan islam itu sungguh indah, berjuang bersama islam itu sangat indah, dan mati bersama islam itu sebesar-besar nikmat yang cukup indah kurniaan dari Yang Maha Indah.
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan