Ahad, Ogos 09, 2009

H1N1

salam.

dulu ketika selsema burung melanda negara, habis semua ayam dan burung dalam malaysia diburu dan dibunuh, kesian ayam dan burung, malah lebih kesian lagi kepada para penternak ayam dan burung, terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit.

tapi bila selsema babi melanda negara, dan sehingga sekarang telah meragut 26 nyawa, kenapa tidak diburu dan dibunuh saja babi-babi yang tinggal di malaysia?

kenapa masih dibiarkan babi itu hidup, kalau sudah tau ia akan menambahkan bilangan kematian dalam negara?

adakah kerana para penternak babi itu di kalangan orang cina? menyebabkan pihak kerajaan takut untuk menghapuskan babi tersebut?

sepertimana pihak kerajaan berani meroboh Rumah Allah di kemaman terengganu, tapi tak berani meroboh rumah babi di melaka, hanya semata-mata mereka kaum cina.

maaf, saya bukan ingin menyalakan api perkauman, tapi kalau betul dan sahih babi-babi di malaysia antara penyebab menular dan merebaknya H1N1, yang telah pun meragut 26 nyawa, kenapa tidak babi-babi tersebut dihapuskan saja?

pihak kerajaan mesir telah pun membunuh berpuluh ribu babi di mesir, kerana bimbang penularan wabak tersebut, karajaan malaysia bila lagi? jangan hanya kerana nak menjaga hati segelintir rakyat, menyebabkan semua rakyat dapat susah, fikir-fikirkanlah !

sekadar renungan dari saya.

waa islama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan