"kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika piala dunia 2010 jun ini"
ini adalah kata-kata yang dipetik dari ucapan datuk awang adek hussein, timbalan menteri kewangan malaysia, kata-kata yang langsung tak masuk akal dan dianggap terlalu melampau yang dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri dalam malaysia.
kononnya cadangan ini dikeluarkan kerana kerajaan bimbang berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan dalam negara ini.
judi adalah haram di sisi islam, tapi kalau ada lesen dan kelulusan dari kerajaan maka ia akan jadi halal, inilah pemikiran dangkal dari pihak kerajaan yang jelas tidak mahukan islam dan terang-terang menolak syariat islam.
amat malang dan berdosa besarlah bagi masyarakat yang masih lagi menyokong dan memberi undi untuk umno yang telah sekian lama membelakangkan ajaran islam.
di dunia mendapat murka dan di akhiat bakal mendapat azab, nauzubillah.
sesungguhnya mati dalam keadaan taat kepada Allah, adalah lebih baik dan lebih mulia dari hidup dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah swt.
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan