Isnin, Februari 22, 2010

sembang-sembang

Salam.

Semalam saya berpeluang sembang2 dgn saudara faizal sabhon (ezo), byk maklumat yg kami dpt dari beliau, rupa2nya seronok berbual dgn sosok tubuh yg bernama faizal ni..

Betul kata pepatah melayu”tak kenal maka tak cinta”

Dari kecil saya membesar di negeri Bandar pesisir pantai, segala kenangan pahit manis semuanya ada di sana, salah satu adat @ amalan yg menjadi tradisi sejak turun temurun bagi rakyat terenggau ialah, penyokong PAS & UMNO memang tak boleh duduk semeja, kalau duduk semeja memang ‘cari baloh’.

Berbeza dgn politik orang Kelantan, tak kira dari parti mana, boleh sembang sekali dlm satu kedai sambil minum kopi, mu kutuk aku, aku kutuk mu, mu kata ke PAS, aku kata ke UMNO, lepas tu, belanja minum kopi.

Waahh, terkejut saya bila melihat cara politik yg bijak sebegini..

Baik, berbalik pada perbualan kami dgn faizal tadi, saya tidak pasti apa parti yg dia sokong sekarang ni, Cuma yg saya tau dia ada ruh perjuangan untuk melihat islam bersinar di Malaysia, khususnya di Johor, negeri kelahirannya, negeri yg paling kuat UMNO dalam dunia.

Apabila ditanya adakah beliau akan bersama PAS suatu hari nanti, dia jawab nanti dulu, dia nak bebas dulu dari mana2 parti, hanya nak tumpukan pada akademik, nak siapkan dulu PHD katanya.

Secara jujurnya saya sedikit hampa dgn jawapan itu, hehe, tapi apa2pun saya doakan mudah-mudahan Allah akan bukakan hatinya utk berjuang bersama PAS.

Kepada saudara faizal, semoga kita ada peluang utk berbual lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan