Jumaat, Julai 03, 2009

dee jay in da house with bazli UNIC

salam.

kehangatan bazaria seri iman KPT masih terasa, memang meriah, kunjungan yang tak putus-putus dari seluruh warga malaysia di mesir ini, Alhamdulillah, terima kasih semua yang telah menjayakan bazaria tersebut.

pada bazaria baru ni saya ditugaskan sebagai dee jay, saya tak pandai sangat pun dalam mengendalikan kerja dee jay ni, tapi dah taklif yang pimpinan bagi, nak tak nak terpaksala terima dengan hati yang lapang.

pada hari kedua bazaria ni berlangsung, sesuatu yang tak disangka, rupa-rupanya pihak adhoc bazaria kali ni menjemput bazli UNIC sebagai dee jay, dan saya ditugaskan untuk bersama bazli dalam mengendalikan de jay tersebut.

bangga la juga apabila duduk bersama artis ni, tapi tak sampaila tahap fanatik, bila difikirkan balik, macam ni la agaknya anak-anak muda teruna dan dara rasa bila bersama dengan artis kesayangan mereka, nak autograf, nak salam, nak bergambar, nak itu, nak ini, macam-macam lagilah.

memang susah nak sekat budaya ni di malaysia, kerana ia dah menjadi darah daging dalam diri remaja kita di malaysia, apa yang terbaik ialah kita mendekati para artis yang menjadi kegilaan ni supaya dekat dengan islam dan dapat menarik kembali para peminat mereka untuk bersama dengan islam.

kita penyeru, bukan penghukum, bersama-samalah kita untuk berganding bahu demi islam yang tercinta ini, semoga kita terus istiqamah.

sekadarnya dari saya, waa islama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan