Isnin, Mei 31, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami ! jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami ! jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

sayangku, maafkan diri ini andai pernah membuat-mu menangis
6454 abadan !

Ahad, Mei 30, 2010

konvoi gaza diserang

salam

Konvoi Freedom Flotilla diserang, tindakan yang sangat biadap oleh tentera israel, ayuh sahabat-sahabat, gunakan "senjata doa" kita untuk menghancurkan mereka

الدعاء سلاح المؤمن
doa adalah senjaa bagi orang yang beriman

semoga Allah memudahkan perjalanan konvoi ini, dan semoga misi untuk membantu gaza ini terlaksana.

Amin

Sabtu, Mei 29, 2010

hati-hati !



kasut crocs
hati-hati

jangan beli kasut jenama ini
ia menghina islam

kepada yang telah membelinya
periksa & teliti baik-baik

ada tak kalimah Allah
di kasut anda?

"sesungguhnya mereka (musuh islam) akan sentiasa merancang untuk menghancurkan kita siang dan malam"

halal dan haram



judi haram
selamanya akan haram
sampai qiamat

arak haram
namun haramnya bersyarat

arak akan jadi halal

bila?
adakah bila ada lesen?

oh, tidak

bila dah jadi "cuka" laa

Jumaat, Mei 28, 2010

dok dan nok mikir !


cuba bayangkan
kalau dalam islam
si isteri diberi kuasa
untuk menceraikan suami

wah, huru-hara dunia jadinya...

Selasa, Mei 25, 2010

sukan without maksiat


sukan tidak salah
bahkan islam menggalakkkan penganutnya bersukan

yang salah adalah kita
memasukkan unsur2 maksiat di dalamnya

seperti lumba lari, renang, snoker dll
ini semua bagus & bermanfaat untuk kesihatan jasmani

bahkan kalau kena gaya
sukan akan dianggap ibadah
pabila si pemainnya bersukan kerana Allah

majulah sukan untuk islam

Khamis, Mei 20, 2010

apa khabar sifuku sekarang?


rindu untuk melihat ustaz harun taib kembali beraksi di pentas politik, semoga lekas sembuh, kami sentiasa mendoakan ustaz.

شفاك الله شفاء عاجلا شفاء لا يغادر بعده سقما

kepada sahabat-sahabat yang terbaca posting ini, sama-samalah kita berdoa untuk al-fadhil ustaz harun taib.

p/s ; ustaz harun taib merupakan ADUN Manir merangkap ketua dewan ulamak pas pusat.

aku nikahkan dikau !


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Ahmad Muzani bin Abd Rahman
&
Siti Norul Aini Hasmidar binti Md Razali

semoga berbahagia hingga ke syurga
Amin Ya Rabbal Alamin

Khamis, Mei 13, 2010

apa lagi selepas ini?



salam.

ini adalah keratan akhbar yang menyiarkan kisah sedih dan pilu yang dihadapi oleh para pelajar agama di mesir.

adakah selepas ini akan ada lagi kisah sedih sebegini?

oh Tuhan, sesungguhnya Engkaulah yang maha merahmati dikalangan hamba-hamba-Mu yang membantu para pelajar agama.

dan sesungguhnya Engkau jugalah yang maha melaknat dikalangan hamba-hamba-Mu yang menyusahkan para pelajar agama.

Amiin, ya rabbal 'alamiin.

Sabtu, Mei 08, 2010

judi halal bila ada lesen

salam.

"kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan akan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika piala dunia 2010 jun ini"

ini adalah kata-kata yang dipetik dari ucapan datuk awang adek hussein, timbalan menteri kewangan malaysia, kata-kata yang langsung tak masuk akal dan dianggap terlalu melampau yang dikeluarkan oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri dalam malaysia.

kononnya cadangan ini dikeluarkan kerana kerajaan bimbang berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan dalam negara ini.

judi adalah haram di sisi islam, tapi kalau ada lesen dan kelulusan dari kerajaan maka ia akan jadi halal, inilah pemikiran dangkal dari pihak kerajaan yang jelas tidak mahukan islam dan terang-terang menolak syariat islam.

amat malang dan berdosa besarlah bagi masyarakat yang masih lagi menyokong dan memberi undi untuk umno yang telah sekian lama membelakangkan ajaran islam.

di dunia mendapat murka dan di akhiat bakal mendapat azab, nauzubillah.

sesungguhnya mati dalam keadaan taat kepada Allah, adalah lebih baik dan lebih mulia dari hidup dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah swt.

sekian.

Ahad, Mei 02, 2010

MOHD SAFUAN HILMI


kenapa orang
nak bunuh orang ?

sungguh jahat orang itu.